31 May 2010

lost him...miss u already...

boleh tak saya kata saya tak sengaje..?



semalam awak mesej,
kata nak balik,
awak tanya, "tak nak temankan saya?"
saya kata "tengok la camner."

Dalam hati sebenarnya :-
nak sangat-sangat temankan awak,
dapat jumpe walaupun sekejap..


sampai sana,
saya tanya awak mana,
tercari-cari..
awak kata tunggu saya,
nampak awak..pakai baju hitam.

Dalam hati sebenarnya :-
lega sangat nampak awak kat situ..
jangan hilang-hilang lagi..


saya datang kat awak,
awak senyum,
tapi muke saya masih masam.
hari tu kan kita gaduh..

Dalam hati sebenarnya :-
saya da lama maafkan awak.
saya senyum lebar-lebar dalam hati,
tapi awak tak nampak..


saya tanya "bas mana?"
awak tunjuk je sana.
kita tak jalan sama,
awak jalan belakang saya je..

Dalam hati sebenarnya :-
laju sangat ke saya jalan?
takut awak jauh saya tinggalkan..


sampai kat bas,
awak tengok saya,
saya tengok awak.
"naik la bas tu.." kata saya.
saya hantar awak sampai sini je..

Dalam hati sebenarnya :-
kalau boleh saya tak nak awak pergi..





No comments: