19 July 2014

Bersawang dan terus bersawang


hai..

Tajuk entry kali ni mmg menggambarkan keadaan sebenar blog aku yg dah lama sgt aku xusik..busy dgn study, hal2 yg menghabeskan masa, tidur  rehatkan kepala n yang paling penting sekali TIADA SAMBUNGAN INTERNET & JIKA ADA SAMBUNGAN INTERNET SANGATLAH "LAJU" SELAJU FERARI PANCIT TAYAR..kau rasa??!

intro jeq aku dh bnyk melalut. actually aku n family baru balik dari KPJ Tawakal..untuk menyambut our new born family member, my 2nd niece Naurah Hamani.. ( oohh..terasa tua apabila dh tmbh sorg lagi ank sedara). we call her as baby ramadhan..sbb ny dye lahir 17 July 2014 (19 ramadhan)

NAURAH HAMANI


bila dh bertambah anak sedara ni, aku nak share ng korg ade satu cerita yg membuatkan aku nak tergelak sendiri. 
dalam bulan puasa ni, puan ummi suruh aku balik rumah tiap2 minggu..(kesian kat anak katanya)..n macam biasalah, balik n malam tu pergi terawih..nak d jadikan cerita, ada la sekumpulan makcik2 gossip dlm masjid tu..(ala kalau dalam filem tu, makcik2 yg keje cuci2 opis or keje kat pantry tu..kan depa2 ni sllu gossip..)
ok sambung cerita aku td..masa aku ng mak aku sampai dlm masjid tu, kumpulan makcik2 ni tgh duk bersandar tepi tiang..dh sampai masjid, kena lah buat solat sunat masjid dak..so di pendekkan cerita, selepas jeq siap buat sunat masjid tu, kumpulan makcik2 ni tadi mai la kat mak aku..nak order kuih raya jeq asalnya..dari order kuih raya sampai la berkaitan dengan hal aku...iya..hal aku pon di tanya ny

"dah habes ke belajarnya?"
"ambik course ape?"
"belajar kat mana?"
"bila nak makan nasi minyak along ni?"
"dah ada calon ke?"

amboi makcik soklan...mamarazzi sgt..oleh kerana dah x tahan nak dengar segala soklan serangan dari makcik2 ni, dengan tenangnya aku jawab

"buat apalah nak kalut2 pasal jodoh ni makcik..hidup saya ni terumbang-ambing lagi..belajar pon xhabes ag..kerja pon tak..nikah kahwin ni bukan mende main2..kalau boleh biarlah sekali jeq nikah kahwinnya..kalau x bersedia nt, macam2 hal boleh jd..walaupon sy ni perempuan, tapi kena ingt yg jd suami tu pon anak org..mana boleh cingcai2 jaga anak org..biarlah saya bersedia dulu fizikal mental sebelom kahwin ni..bukan senang..nak kongsi hidup dengan org luar..kita xtao sifat2 dye..sedangkan yg dh kawin lama pon boleh bercerai, ni kan pulak yg tergesa2 nak kawin..xkan la nak tangkap muat jeq lelaki2 yg ada..nak kena jugak tgk sifat, perangai, pe'el, agama dye..biarlah org nak kata sy kawin lambat ke, apa ke..mulut org mana sy boleh jaga, mana boleh tutup..jnji sy tao apa yg sy rancangkan n family sy tao apa yg sy buat..soal jodoh, sy serah pd ALLAH S.W.T..."

lepas aku ckp mcm tu, makcik2 tu semua senyum2 sumbing pandang aku, n blah dari tempat kami..the rest is history.. agak kuang asam ke aku jwb mcm tu???

tu satu..lagi satu hal, sekarang aku dh dlm tahun akhir, ekceli sem akhir for my degree. kekangan masa tu mmg xpayah cakap la..dh mcm jin jalan xcukup tanah jeq..class, due date asignment yg semakin membunuh, nak siapkan resume n semua mende yg sampai kau rasa mcm "that"s it..gua penat!" sampaikan project novel pon terbengkalai macam tu jeq..nanti bila dh start intern myb busy lah kan..n aku xtao la dapat siapkan ke tak project novel tu.. 

nak habes kan satu entry ni pon, berpuluh2 kali menguap...adoihai, letih lah macam ni..oklah, esok kalau free2 siket, aku sambung lagi..selamat kembali n selamat membaca blog aku yg xberapa nak best ni..baiii


SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ANAK KAPAL & PENUMPANG #MH17
INNA LILLAHI WA INNA ILLAIHI RAJI'UN 
( TO ALLAH WE BELONG, AND UNTO HIM WE RETURN)




No comments: