31 January 2011

syukur....alhamdulillah..


quite different lak entry aku kali ni..heheh
yup..syukur alhamdulillah..
mesti kowg pelik kn...nk tao??
ok2..aku story mory ng kowg ea...alkisah dye cm ni..

12:37 am
mood: on9 fesbuk..

lam aku sibuk2 check notification yg da menimbun ni aku ternampak satu link ni..aku click then kuar satu cerita..cerita ttg kak aku (eceh! perasan) a.k.a rita rudaini...nk story pjg2 aku malas..so jup aku tepek cite tu kat sni..kowg bce la ea..hehehe (=

Rita Rudaini Tamatkan Sengketa Dengan Mertua

Hubungan yang keruh melibatkan pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, dengan keluarga mertuanya kembali jernih apabila kedua-dua pihak sudah menamatkan perselisihan faham yang tercetus hampir tiga tahun lalu.

Peristiwa air mata itu berlaku di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak di sini pada malam Khamis lalu apabila suami Rita, Aidil Zafuan,24, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad,58, dan Abdul Radzak Salleh,61, untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.

Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.

“Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata.

Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini.

Detik-detik itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Bukan sahaja bermaaf-maafan malah Rita yang kini mengandung lima bulan anak kedua turut menjemput ibu bapa mertuanya itu melawat cucu mereka di rumahnya di Manjalara, Kuala Lumpur pada masa akan datang.

“Kalau mak dengan ayah rindu dekat Rayyan, boleh datang melawat,” kata Rita yang tentunya berasa lega dengan peristiwa bersejarah itu.

Kedua-dua pihak memanjatkan rasa syukur kerana kekeruhan yang berlaku dapat dijernihkan apabila mereka berjaya menamatkan sengketa yang telah berlaku.

Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada bulan Februari 2008 sehingga menimbulkan kekecohan apabila perkahwinan berkenaan tidak mendapat restu keluarga.

Akibat kejadian itu, kedua-dua pihak gagal mencapai persefahaman untuk berdamai sehinggalah ia berpanjangan.


apart from that, aku terpikir yang mana dalam setiap apa jua tindakan yg kita ambil, jgn abaikan restu mak ng ayah termasuk-lah bab kawen2 ni.(gataiii no..=p)

bukan la aku nak cakap yang aku nak kawen..idak la..

(gyler pe..umor bawu 2*..hohoho)

cume apa yang aku harap kan, andai aku berkahwin dengan pilihan aku sendiri nanti, aku harap pilihan aku ni mendapat restu dari family aku n also family suami..ea la..owg ckp doa mak ayah ni, ALLAH s.w.t berkati..termasuk-lah doa dari mertua..

sebab ny yang aku tau, mertua ni dh macam mak ayah kite sendiri..jd kita sebagai anak berhak patuh & dengar pe yg mak ayah kite cakap..andai dye larang tu, mkne ny dye dpt rasa pe yg akan jadi..orang ckp instinct la..

cm mak aku gak la..contoh la aku bagi..lau aku xsihat, aku demam ke, jatoh tangga ke, mesti mak dapat tau..pas tu mesti dye call aku..hehehe

so dari situ kite ambil lah pengajaran ok..hehe nk ckp panjang2 aku tao kowg sume dh besar..dh matang..so pikir2 lah ea..


anda buat, anda dapat...hahahahaha


bubbyeeeeeeeeeeeeeeeeeee



No comments: